TIPS TRAVEL YANG JIMAT
🌉Bermimpi untuk melancong ke seluruh dunia tetapi wang selalu menjadi penghalang kepada impian tersebut?Secara umumnya melancong merupakan antara hobi yang mahal dan sukar untuk dilaksanakan bagi sesetengah orang.
🌉Tetapi anda mesti pernah mendengar tentang budget travelling ,ianya bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.
🌉Gunakan tips travel yang jimat yang sis kongsikan untuk mendapatkan pengalaman melancong yang masih dapat menjimatkan wang.
1.Pandai Mencari Waktu Percutian Yang Sesuai
🍁Haruslah memilih destinasi yang ingin dilawati di luar musim percutian.Dan perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika merancang sesebuah percutian tentunya destinasi.
🍁Sentiasa peka tentang tarikh yang dikeluarkan oleh agensi pelancongan di luar musim.Pasti anda akan mendapat tawaran hebat untuk ticket penerbangan.
2.Elakkan Membuat Penukaran Wang Di Lapangan Terbang Atau Di Hotel
🌺Nampak mudah bila mahu menukar wang di lapangan terbang atau di hotel apatah lagi jika kita seorang yang sibuk dan ingin melancong ke luar negara.
🌺Kedua-dua lokasi ini sering menawarkan kadar pertukaran wang asing yang lebih tinggi berbanding diluar dan sudah menjadi kebiasaanya.
🌺Jadi buat persiapan awal dengan curi sedikit masa untuk menukar wang di lokasi lain seperti di pusat beli belah atau kedai penukaran matawang asing.
🌺Oleh itu jangan tertipu dengan helah mereka mengatakan bahawa tiada yuran komisen yang dikenakan.
3.Pilih Untuk Menginap Di Hostel Atau Homestay
🌷Kenapa bukan hotel?Kerana tempat seperti yang di cadangkan menawarkan harga yang jauh lebih murah ,mempunyai kemudahan yang tidak terhad dan lebih fleksibel terutamanya buat mereka yang mempunyai keluarga yang ramai.
🌷Tapi untuk yang melancong secara bujang atau perseorangan tu ,banyak kelebihan yang anda perolehi daripada lokasi penginapan seumpama ini.
🌷Jadi anda tidak perlu membazir untuk sentiasa makan di luar kerana ruang dapur turut disediakan.
🌷Lokasi seperti ini menawarkan pengalaman kepada pelancong untuk merasi dan ikut serta budaya lokal dengan bergaul dengan masyarakat setempat.
4.Elakkan Makan Di Luar
🍄Ketika melancong tentu saja banyak wang yang akan anda habiskan dengan acara makan-makan tetapi untuk dapatkan penjimatan yang lebih, berbelanjalah barangan dapur di pasaraya tempatan dan pelajari cara untuk memasak hidangan lokal di tempat penginapan.
🍄Dan cara lain juga adalah anda boleh selidik dahulu lokasi tempat makan yang murah atau 'street-food' yang makanannya jauh lebih menyelerakan.
🍄Secara tak lansung anda juga menambah pengalaman melancong di tempat orang.
5.Naik Kenderaan Awam Atau Berjalan Kaki Sebagai Alternatif Untuk Bersiar-siar
🏞️Jadi untuk bersiar-siar atau ke tempat-tempat pelancongan menarik di tempat percutian anda ,pilih untuk menaiki kenderaan awam yang disediakan atau berjalan kaki selain daripada menempah perkhidmatan pemandu pelancong peribadi.
🏞️Badan juga akan lebih cerdas dan kekal aktif.Tetapi di Eropah seperti di London atau Amsterdam,tren dan perkhidmatan bas yang ditawarkan sangat menakjubkan dan murah.Lokasi juga strategik iaitu dekat dengan tempat penginapan.
🏞️Oleh itu rancang perjalanan anda dengan lebih teliti supaya pengalaman percutian anda dapat dimaksimakan.
6.Melawat Tempat Tarikan Pelancong Yang Percuma
🌄Bukan kata anda tidak boleh untuk melawat tempat yang memerlukan bayaran atau fees,tetapi seeloknya ambil peluang percutian ini untuk melawat tempat tarikan pelancong yang kemasukannya adalah percuma.
🌄Contohnya,seperti muzium,balai seni,bersiar-siar disekitar bandar utama ,lokasi hiking dan tempat riadah awam yang menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman percutian yang tidak kurang hebatnya.
🌄Jadi bila anda kerap mengisi jadual anda dengan tempat percuma seumpama ini anda boleh gunakan lebihan wang yang ada untuk aktiviti yang memerlukan bayaran.
7.Ketepikan Bajet Dan Wang Khas Untuk Membeli-belah
🏖️Tips jimat masa travel ini mungkin kedengaran remeh tetapi percayalah iainya berkesan.Selain bajet untuk makanan ,pengangkutan dan penginapan,ketepikan sejumlah wang tambahan untuk membeli-belah dan melakukan aktiviti yang mahal.
🏖️Contohnya seperti skydiving ,surfing ,menaiki hot-air baloon atau hanya sekadar ingin membeli satu atau dua barangan berjenama.
🏖️Malah anda akan merasai kepuasan melancong tetapi dalam masa yang sama percutian anda masih di dalam bajet yang telah dirancang dan dengan cara ini anda tidaklah rasa bersalah sekiranya anda berbelanja lebih.
🏖️Akhir sekali tips travel yang jimat paling terbaik yang boleh digunakan untuk menjimatkan belanja ketika melancong ialah untuk sentiasa 'stick to the plan' atau ikut perancangan secara berdisiplin.
🏖️Pastinya anda mampu untuk menikmati percutian yang menarik tetapi menjimatkan.
🏖️Walaupun sis tiada pengalaman pergi travel tetapi sis berkongsi pengalaman kawan-kawan ,saudara-mara yang selalu pergi travel.
🏖️Semoga tips travel yang sis kongsikan dapat membantu anda yang baru merancang percutian atau pertama kali mahu pergi travel.
Sekian terimakasih.
#nextblogging
#megablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshaklee
#shakleemiri
#shakleelawas
fb Janie mutang
ig Janie mutang
whasap 0165891149
Comments
Post a Comment