Apa Anda Perlu Tahu ? - Maksud Intermittent Fasting



Maksud Intermittent Fasting atau juga yang dikenali sebagai diet puasa sekejap ,berpuasa seketika ,berpuasa berselang adalah salah satu cara yang digunakan untuk mengawal berat badan.Intermittent fasting juga bermaksud cara diet yang memerlukan pola makan teratur pada waktu makan.Walaubagaimanapun semasa dalam tempoh permulaan intermittent fasting yang menjadi keutamaan adalah tempoh berpuasa dijalankan dan ia bergantung kepada individu tersebut.Selain itu diet ini dapat membantu mengatur pola makan dan menurunkan berat badan tanpa perlu memilih makanan yang kita hidangkan.


Amalan Diet Intermittent Fasting adalah elemen yang digunakan dalam amalan berpuasa dari segi perlaksanaanya.Yang menariknya diet ini sangat memberi kesan-kesan positif  kepada individu tersebut apabila mengamalkan cara diet intermittent fasting iaitu dari segi fizikal dan spiritual.Bagaimanapun diet ini memerlukan dan pengalaman yang lebih terperinci dan teliti kerana agak membebankan bagi sestengah individu kerana waktu makan (4-16jam) dan waktu berpuasa (8-24jam)mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu .Dan waktu kita tidur jugak akan dianggap berpuasa.Intermittent fasting ini tidak sama dengan kaedah-kaedah diet lain kerana diet ini kebanyakannya berfokus kepada apa yang perlu dimakan dan apa yang tidak perlu dimakan.Akan tetapi intermittent fasting ini fokus pada 'bila' hendak makan bukan pada 'apa' hendak dimakan.



Semasa tempoh Intermittent Fasting amat disarankan mengambil makanan sihat dan seimbang serta ,melakukan aktiviti fizikal agar tetap cergas sihat.
 

Dalam Intermittent Fasting ni ada 7 jenis iaitu :

1.Overnight Fasting yang berpuasa minimum selama pukul 8 malam berpuasa hingga pukul 8 pagi barulah boleh makan.Dan sebahagian besar  berpuasa adalah waktu tidur anda.

2.Time restricted Fasting yang berpuasa selama 14jam hingga 16jam sehari ,mula berpuasa pukul 5 pagi dan makan pada 7 malam).Berpuasa jenis ini biasanya diamalkan semasa bulan Ramadan.

3.Seharian berpuasa selama 24jam sehari ,dari pukul 9 malam dan makan pada pukul 9malam esok harinya.Tetapi berpuasa jenis ni ikut kemampuan masing-masing sama ada mahu amalkan setiap hari atau sekali dua minggu.

4.Berpuasa seling hari pula adalah berpuasa pada hari selasa,khamis,sabtu dan seterusnya dan hanya boleh makan serta minum pada tahap 500-600 kalori yang perlu diambil sahaja.

5.Berpuasa dengan ratio 5:2 yang berpuasa 2 hari dalam 1 minggu ,serta kaedah ini sama dengan berpuasa selang seli cumanya boleh makan dan minum 500-600 pada hari berpuasa.

6.Langkau berpuasa masa makan yang bermaksud dalam english Skipping meal Fasting .Berpuasa cara ini mesti tinggalkan waktu makan anda dan tidak makan tengahari ,tetapi ambil makan malam saja.Itupun dalam kuantiti sedikit kerana takut nanti melahap tanpa ingat dunia.

7.Berpuasa jenis ini ,hanya pilih bila kita nak berpuasa dan tiada syarat khusus jenis puasa ni serta digalakkan mengikut garis panduan yang telah dicadangkan.

Pastikan makanan yang diambil semasa Intermittent Fasting adalah makan yang tiada atau hampir tiada gula.Tetapi anda harus mengambil nutrisi dengan cukup terutamanya protien kerana tanpa protien badan akan menurun mendadak. 

Diet ini mungkin lebih mementingkan waktu bila anda makan dan bukan apa atau berapa banyak yang anda kunyah dan makan.


Oleh itu manfaat yang kita dapat semasa Intermittent Fasting adalah tubuh badan juga dapat mengawal tekanan darah ,merangsang insulin,mengendali kolestrol serta membakar lemak dengan lebih efektif.Dan mampu membuat anda lebih cergas ,kuat serta sihat.


Ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda mengatakan bahawa diet puasa(Intermittent Fasting)membantu tubuh untuk melakukan peremajaan dan pembiakan sehingga dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.


Sekarang ,anda sudah tahu serba sedikit tentang Intermittent Fasting ,apabila dilakukan dengan betul cara diet ni boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan berkesan.


Jika anda berminat untuk melakukan Intermittent Fasting ada beberapa informasi dapat membantu anda .

1.Elakkan pengambilan makanan bergula.
2.Biarkan badan anda membakar lemak diantara dua masa makan.
3.Tidak perlu berpuasa secara ekstrem.
4.Elakkan makan snek pada waktu malam.
5.Banyakkan minum air kosong untuk elak dehidrasi semasa berpuasa.


Secara lansung ,Diet intermittent fasting ini akan mebiasakan diri  untuk mengurangkan waktu kita mengambil makanan.Tidak mustahil jika terus disiplin dalam amalan IF ini dan dapat kesan dalam masa yang singkat sahaja.


Walaubagaimanapun ,sebelum berniat untuk melakukan Intermittent Fasting dapatkan nasihat pakar pemakanan anda terlebih dahulu.


Akhir sekali Terimakasih kerana sudi membaca blog saya Jeannie.☺️

Selamat beramal.

#shakleethrive23
#shakleetriump23
#blogmegashaklee23
#pengedarshaklee
#shakleemiriLawas










Comments

Popular posts from this blog

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI

SET KURUS SHAKLEE