KERJA DARI RUMAH JANA PENDAPATAN
Hi semua ..kali ini sis nak bercerita bestnya kerja dari rumah.Siapa tak mahu kan ,boleh tengok anak-anak dan banyak luang masa dengan mereka.Lebih lagi dengan keluarga.
Selepas covid banyak yang buat kerja dari rumah.Ini disebabkan masa covid banyak yang telah diberhentikan kerja dan banyak majikan yang tak mampu membayar gaji kepada pekerja.
Tapi dapat dilihat sekitar selama PKP dua tahun lalu ,banyak kita mendengar keluhan-keluhan berbunyi :
"Duduk rumah lama-lama bukan boleh buat apa?kalau pergi kerja boleh dapat duit gaji untuk menampung keperluan harian."
"Tak boleh keluar berniaga ,mat !kering la kita duduk rumah"
Sebenarnya mereka buntu sebab mereka tak tahu dan tak nampak jalan.Sis pun kategori mereka jugak ni ,buntu bah.Setelah sis dah tahu kerja dari rumah ni banyak alternatif yang boleh dilakukan untuk mencari peluang pendapatan.Baru sis faham.
Jadi dalam post kali ni sis nak kongsikan tentang beberapa jenis pekerjaan yang boleh dilakukan hanya dari rumah dan sedikit sebanyak dapat membantu menjana pendapat keluarga anda.😊
1.Jana pendapatan dari program affiliate
Kerja cuma bermodalkan ayat (tolong promote produk orang ),dan dibayar komisen antara 4%-60%.Memang best kan
Siapa ada buat affiliate Shopee?Dulunya affiliate Shopee menggunakan platform pihak ketiga ,seperti Involve Asia dan accestrade ,jadi komisyen yang kita dapat memang kena bahagi kepada 3 pihak.
Dan sekarang komisyen dengan affiliate shopee dah makin lumayan sebab mereka dah mula menguruskan sendiri program affiliate mereka melalu program Shopee Ambassador.Senang sangat nak buatnya ,sebab siapa yang mendaftar sebagai Shopee Ambassador,automatik aplikasi Shopee anda akan ada feature "Affiliate program" pada profile.
Salah satu contoh keseronokan 100% bekerja dari rumah sebagai ejen Affiliate adalah kita boleh lakukan dengan santai-santai sahaja sambil bermain tik tok.
Kalau video tersebut viral dan FYP ,pasti ramai yang membeli barang tersebut melalui link yang kalian tampal disana.Jadi berkepuk-kepuk lah komisyen masuk kan.
Untuk jadikan link affiliate Shopee anda laris ,terdapat 2 faktor .
-Barang tersebut unik dan menarik
-Harga barang tersebut sedang sale gila-gila
2.Bisnes Bakeri dan Savoury dirumah dan Jual secara Online
Ya ,anda boleh memulakan bisnes Bakeri dari rumah dengan membuat kek ,donat gebu ,tart ,kuih siput dan sebagainya kemudian jual secara online.Mulakan dengan group whatsaap taman ,kampung dan tempat kerja dahulu.Jalankan jualan secara open order .
Makna kata ,kalian akan kumpulkan pesanan terlebih dahulu dan dalam 3hari ,mereka perlu collect pesanan mereka .Jadi kalau kalian baking kek atau apa-apa kuih ,ianya sudahpun bertuan semuanya .Jadi kurang risiko rugi dan pembaziran bahan mentah.
3.Berniaga aiskrim Malaysia dari rumah
Jangan pandang rendah terhadap aiskrim seringgit(rm1) ya.Walaupun harganya murah ,tapi bisnes air dan aiskrim lah bisnes yang paling laba iaitu sangat berbaloi kerana bermodal kecil dengan margin keuntungan yang besar.
Dalam keadaan sekarang ini ,selagi ada cara untuk survive buatlah.Jangan asyik mengeluh,salahkan sana sini sebab sekarang ini semua orang pun terkesan.
4.Buat duit Dengan menulis
Kerja Part time seterusnya yang saya lakukan dan masih baru berkecimpung adalah menulis blog.Buat masa sekarang sis masih menulis blog.Dari perkongsian penulisan kita juga dapat customer.Best kan.
Menulis ini sebenarnya sangat bagus sebagai fixed deposit jangka masa panjang .Buat kerja sekali tapi duit masuk berkali-kali.
Bah ,mau join sis menulis blog .Boleh roger ya.
5.Buat Video di Youtube
Sebenarnya rahsia buat duit dari youtube ini sudah popular sekitar tahun 2014 lagi..apabila ada seorang pemuda dari Sweden yang bernama Felix Kjellberg berjaya menjana pendapatan rm14juta setahun (2.6 jta pound) dengan hanya bermain komputer melalui youtube.
Untuk permulaan ,kalian boleh bermula dengan membuat video masak-memasak dirumah atau video yang memberi manfaat kepada mereka yang menonton video tersebut.Tetapi di Malaysia ni memang suka makan dan video resepi antara video yang tinggi permintaannya.Lebih banyak view diperolehi dan lebih banyak pendapatan mereka.
Dan untuk yang terakhir ,kerja dari rumah memang sangat disukai para ibu-ibu yang berkerja.Bukan sahaja dapat memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan suami tetapi dapat luangkan masa bersama keluarga dirumah.
Kerja dari rumah ini banyak juga cabarannya kalau tidak pandai membahagikan masa.Nak jana pendapatan kononnya ,last-last rakyat pulak yang bertambah ,macam mana tu .?😂 Tapi itu rezeki kan semua .
Paling penting mesti fokus apa yang kita nak buat.Semoaga apa yang sis kongsikan kepada anda dapat membantu anda dari segi ekonomi kewangan.Walau apapun yang kita kerjakan,harus konsisten.
Sampai sini dulu pengkongsian sis untuk entry ini.Sekian terima kasih baca blog sis .☺️
#nextblogging
#megablogshaklee
#shakleethrive
#shakleetriumph
#shakleemiri
#shakleelawas
Fb Janiemutang
Ig Janiemutang
Whasap 0165891149
Comments
Post a Comment