5 TIPS BISNES ONLINE

 Hi semua ..Terimakasih yang sudah membaca blog sis.Entry kali sis kongsikan tips bisnes online.


Masa kini semakin ramai tahu bisnes online sangat memberi potensi dalam memajukan perniagaan dan ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.


Dan ianya mula menarik minat ramai peniaga muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas melihat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah.


Disini ada beberapa tips bisnes online yang sis kongsikan untuk anda yang ingin berniaga secara online.


1.Cari ilmu Berniaga 

Pertama,perkara yang paling penting adalah cari dahulu ilmu tentang perniagaan.Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga ,apa yang anda perlu niagakan ,bagaimana anda boleh berjaya dan market research.


Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual.Itu yang penting ,anda kena tahu apa yang anda jual.


Takut nanti kena tipu dengan jual produk tiruan.Lagi membahayakan.


Contohnya ,anda mempunyai niat untuk buat bisnes  produk supplemen Shaklee .Apa yang perlu anda tahu adalah ia mempunyai Landmark Study dan setiap pembelian serta penghantaran adalah dilakukan oleh HQ.


Dalam bisnes Shaklee ,kelas juga akan dibuat secara percuma dan banyak aktiviti lucky draw jugak dibuat dan paling penting belajar untuk mengetahuinya kerana maklumat berada dihujung jari.Jangan tangkap muat sahaja.Jadilah pakar dalam bidang anda.


2.Jual minat anda sebagai Peniaga Online 

Minat dengan apa yang anda jual dan tahu.Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk,anda akan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjual produk anda.


Dalam berniaga inilah peluang untuk anda lakukan perkara yang anda minat.Berbeza jika anda bekerja.Tidak semua kerja kita minat untuk lakukan.Dengan berniaga anda bebas melakukan apa sahaja.


Sebagai bisnes online shaklee ,sekiranya anda berminat nak join bisnes Shaklee boleh roger dan nak tahu lebih lanjut tentang shaklee boleh singgah di fb sis ya.


Bila kita melakukan sesuatu perkara dengan penuh minat ,anda tidak akan mudah patah semangat lebih-lebih lagi kalau anda gagal mendapatkan jualan.

Yang penting anda janganlah cepat berputus asa.


3.Manfaatkan platform Media Sosial

Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda.Dengan adanya laman sosial seperti Facebook,Intragram,Twitter dan blog ,ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk anda pasarkan produk anda.


Langkah permulaan terbaik adalah anda boleh create satu page ataupun akaun khas untuk memperkenalkan produk anda.


Kemudian anda boleh dapatkan sokongan daripada rakan-rakan ,ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial.Ada lagi media sosial yang anda ketahui?Gunakanya .Sekarang ni Tik Tok pun boleh jadikan platform bisnes tau.


4.Guna Strategi Bisnes online yang terbaik 

Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik selepas anda membuat market research.Nak berniaga kena ada strategi marketing paling sesuai dengan produk anda.


Dengan cara ini ,perjalanan perniagaan anda lebih berstruktur dan terancang.Siapa tak nak perniagaan berjalan dengan lancarkan?


Jadi sekiranya anda memilih Facebook untuk mempromosikan produk ,anda harus tahu bahawa teknik permasaran adalah berbeza sedikit daripada Intragram dan sebagainya.


Begitu juga dengan Intragram,anda boleh hastag dan post-post yang menarik untuk menarik minat pembeli.Yang penting ,gambar-gambar produk haruslah jelas,terang dan menarik.Barulah orang nak beli.


Jangan lupa sasarkan produk anda kepada pelanggan yang berpotensi meminati produk anda.Anda harus mengetahui kumpulan sasaran pelanggan anda.


Contohnya dalam bisnes online Shaklee ,kita lebih kepada berkongsi manfaat kesihatan kepada orang sekeliling dan lebih membantu mereka yang mau ikhtiar untuk lebih sihat dengan makan makanan tambahan(supplemen Shaklee).Mencegah lebih baik.


5.Rajin Berusaha dan Bertanya 

Perkataan rajin ini konteknya luas.Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang bisnes online.


Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang bisnes.Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk anda terus berjuang dalam bisnes anda.


Sebagai seorang peniaga online ,tidak salah mulakan bisnes secara kecil-kecilan dengan modul yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda.


Buat yang sudah berniaga online sekiranya anda menghadapi kesukaran.Jangan putus harapan,teruskan usaha dan niat.Anda pasti akan mencapai kejayaan.💪💪


Begitu juga sis ,masuk 3 tahun dalam bisnes online Shaklee dan ada masa nya turun naik kita punya suasana bisnes tu.Tapi sis tetap teruskan sebab kita harus berfikir positif dan tujuan kita mulakan bisnes tersebut.Hanya kita harus konsisten dan jangan cepat mengalah.


Sampai sini saja entry sis kongsikan dan tetap semangat untuk bisnes online yang kita buat.Semoga tips bisnes online yang sis kongsikan membantu anda ya.



Sekian terima kasih sebab sudi membaca blog sis.☺️


Untuk yang berminat nak join bisnes online Shaklee boleh berhubung terus dengan sis ya .


#nextblogshaklee

#megablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleelawas

#shakleemiri


Fb Janie Mutang 

Ig Janie Mutang 

Whatsap 0165891149






Comments

Popular posts from this blog

Apa Anda Perlu Tahu ? - Maksud Intermittent Fasting

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI

SET KURUS SHAKLEE