AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 Hi korang ..Petang-petang ni buat apa ya.Untuk entry ni saya nak share beberapa Amalan gaya hidup sihat.


🏃Semua orang impikan memiliki sebuah gaya hidup sihat,namun membuat perubahan bukanlah sebuah perkara yang mudah.


🤸Membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan tabiat baik merupakan satu tugas yang mencabar.Ramai yang putus asa di tengah jalan.


🏋️Untuk mulakan Amalan gaya hidup sihat ,anda perlu nelihat kepada pelbagai aspek seperti menjaga pemakanan , kesihatan mental dan senaman fizikal.


⛹️Asasnya ramai yang dah tahu ,tetapi kenapa masih ramai yang gagal.?


🏌️Salah satu puncanya adalah perubahan mendadak.Sebelum ni tak pernah bersukan,bila terfikir nak berubah terus lari 5km.Kesudahannya badan sakit  2-3 hari ,kemudian rasa malas dah buat.


🤽Bila ada perubahan mendadak dan tempoh ini hanya bertahan dalam 1-2 minggu.Tapi selepas itu kita penat dan putus asa.


🏊Oleh itu buat perubahan gaya hidup sihat sikit demi sikit mengikut tahap keselesaan anda.Paling penting adalah amalan gaya hidup sihat ini berkekalan hingga hujut hayat kita.


Jom mulakan Amalan gaya hidup sihatu dengan 4 langkah ini 💪💪


1. KAWAL PEMAKANAN

🍋 Gaya pemakanan yang sihat adalah menyedari apa yang masuk anda,bukan makan mengikut apa nafsu anda mahu makan.


🍎Adakah ini bermakna kita tidak boleh memakan donut , kek ,atau makanan segera?Tidak ,kuncinya adalah KAWAL makanan-makanan tidak berkhaisat ini kita makan untuk waktu tertentu sahaja seperti sambutan hari jadi atau sebagai ganjaran setelah mencapai sesuatu.Dan makan berpada-pada.


🍊Salah satu cara mudah cara mengawal pemakanan adalah menggunakkan konsep suku-suku separuh yang disarankan oleh kementerian kesihatan Malaysia.Anda boleh makan nasi tapi dalam kuantiti yang terkawal.


🍚 Dua perkara anda perlu ingat dalam pemakanan sihat adalah SEDAR dan KAWAL.



2. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL 

🤼 Kebanyakkan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan fizikal yang banyak ,sehari 8-7 jam untuk duduk depan computer sahaja.


🚴Sebelum mulakkan aktiviti berkala ,Cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan 5 cadangan di bawah.


   👉Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat          (1km)

   👉Gunakan tangga berbanding lif 

   👉Parkir kereta jauh daripada ofis 🤭

   👉Regangkan badan selama 10 minit bagi            setiap 1 jam 

   👉Rajinkan buat kerja rumah 


🧗Untuk aktiviti senaman ,cari aktiviti yang paling sesuai dengan diri anda,contohnya 


     💃Menari 

     💃Yoga

     💃Berlari 

     💃Lompat tali 

     💃Bermain bola 

     💃Cardio 


🏌️Lakukan minima 3 Kali seminggu ,30 minit setiap sesi.


👍Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit,ia juga mampu meningkatkan tenaga serta menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin ,adrenalin dan endofin.


🏇Apabila badan dalam keadaan yang sihat ,sistem badan secara automatik akan berfungsi dengan lebih baik termasuk emosi dan juga mood.



3. JAGA KESIHATAN MENTAL

🧠Tiada gunanya jika badan sahaja yang        sihat tetapi mental kita tertekan.Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya.Generasi hari ini lebih mudah mendapat tekanan mental.


🧠Kita akan rasa hidup ini sekadar kerja,makan dan tidur.Sedangkan ia lebih daripada itu.


🧠Ini beberapa aktiviti untuk kesihatan mental .

      👉 Kajian telah membuktikan meditasi                  mampu mengawal tekanan dan                        kerisauan.Bagi yang Muslim ibadah                  solat dan doa juga adalah salah satu                bentuk meditasi.

       👉Bagi yang non Muslim ,ketika kita                    berdoa kita berserah kepada nya                      tentang apa yang kita hadapi dan                      luahkan dalam doa.

       👉Belajar kemahiran baru atau                              mulakan hobi baru bagi memastikan              anda sentiasa aktif dan muda.

       👉Anda boleh mulakan                                            berkebun,melukis,menulis,atau                        belajar muzik.Luangkan sekitar 10-15              minit sehari pun sudah memandai.

       👉Luangkan masa dengan alam                             sekitar.Sekali-kala kita itu perlu lari                 daripada kesibukan kota.

       👉Pergi berkelah di air terjun atau                        pantai ,berjalan ditaman awam atau                mendaki bukit dan melihat kehijauan             alam juga terbukti baik untuk mata                 anda.



4. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

🛌Tidur yang cukup adalah elemen yang penting dalam membina gaya hidup yang sihat.


🛌Tidur yang tidak cukup akan memyebabkan otak anda sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit.


🛌Tetapkan waktu tidur anda ,jangan hari ini tidur jam 12 malam ,esoknya jam 1 pagi dan lusa jam 2 pagi .Tidur sekurangnya 6-8 jam sehari.Walau sesibuk mana pun pastikan tidur anda mencukupi.


💊Di samping itu saya sendiri juga amalkan supplemen untuk badan sentiasa bertenaga, tidur yang berkualiti,serta kawal pemakananan saya.


💊Untuk supplemen saya amalkan produk Shaklee.


💊Supplemen saya amalkan adalah seperti 


  🍇Vita C 

  🍇Resv 

  🍇Vivix 

  🍇Ostenutric 

  🍇Omega Guard

  🍇Bcomplex

  🍇Gla 


💊Semua supplemen di atas ni saya makan dan dapat feedback yang memberi saya bertenaga sepanjang hari.


🧬Akhir sekali ,mulakan Amalan gaya hidup sihat dengan mengubah sikit demi sikit dalam setiap aspek kehidupan.


🧬Mulakan langkah kecil dan tambah baik dari masa ke semasa.Ingat ,ia adalah sebuah perjalanan bukannya destinasi.

 

🧬Alaman gaya hidup sihat adalah langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit.


🧬Jadi anda kini tahu akan kepentingan akan gaya hidup sihat!Jom mulakan hari ini .Biarkan sedikit asalkan ada.

Sekian terimakasih sudi baca blog sis .☺️


#blognextlevel

#shakleemiri

#shakleelawas 

Fb Janie mutang

Ig Janie mutang

Whatsapp 0165891149



Comments

Popular posts from this blog

Apa Anda Perlu Tahu ? - Maksud Intermittent Fasting

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI

SET KURUS SHAKLEE