Bonus Raya Shaklee

 hi ..selamat petang ,sis harap semua sihat-sihat walaupun sekarang musim tak menentu.Kadang hujan kadang panas lebih lagi mereka yang dilanda banjir ,semoga bersabar dengan musibah yang dihadapi .



 Petang ni sis nak kongsi sedikit cerita disebalik  Bonus Raya walaupun tak sambut raya  ,hari tu berita baik bagi penjawat  awam dapat bonus raya sebanyak rm700 siapa tak gembira senang hati dapat yang macam tu kan . Itu rezeki mereka.Sis pun berharap  majikan sis bermurah hati macam  itu  dapat bagi bonus ..hahaha ..Tapi bonus raya setahun sekali saja dapat bah , dengan  Shaklee bonus raya tiap-tiap bulan dapat.Dan paling sis suka bonus akan dibayar tiap-tiap 14haribulan jadinya  bulan depan ni dapat  Bonus  Raya lah kita sebab akan terima bonus tu cun sebelum nak raya.



 Bila kita  dah dapat bonus ,kita memang   pentingkan keperluan harian  dulu  selepas tu baru kita berbelanja lain .Bagi mereka yang sambut raya mestilah mereka berbelanja keperluan raya.Lain pulak bagi sis yang tidak sambut raya ,apa sis akan manfaatkan dengan bonus raya ni.Sis akan beli keperluan harian seperti beras ,gula garam dan sebagainya. Bukan itu saja sis akan bawa anak-anak  jalan-jalan ke taman buaya , walaupun tinggal di miri tapi bukan selalu bawa mereka  ke taman buaya setidaknya sis dapat kongsi bonus ni dengan anak-anak sis. 


                

 Sis sendiri  tak sangka akan dapat bonus ni masa awal-awal berjinak dalam bisnes shaklee.😍Sis bersyukur walaupun kadang-kadang dapat dua angka bonus tetap juga gembira.Kalau  nak tunggu gaji  boleh aja tapi itulah kita nak tambah sikit-sikit dengan bonus shaklee sebagai pendapatan luar kerja sis .Sis ni ada 5 orang anak ,nak penuhi permintaan sorang anak tu kenalah sabar bah 😂 mereka  punya  citarasa masing-masing.Jadi dengan bonus ni boleh juga belikan yang mereka mahu dan paling tidak pun sis belanja makan, belanja mcd begitu .😊



 Zaman sekarang masa tak tunggu kita dah..hihi..kalau kita masih tunggu nak duduk dan tunggu tunggu ,peluang tak datang .Kenapa tak ambik peluang yang ada untuk kita cuba  buat sesuatu  yang mendatangkan hasil dan bantu diri kita sendiri dan orang sekeliling .Tak salah kalau kita belajar sesuatu asalkan  apa yang kita belajar  dan buat tu benda baik serta  dapat memberi manfaat kepada orang lain. 



Dengan bonus ni  juga kita boleh bagi  kat makbapak , sikit pun tak apa janji kita ada bagi untuk  kegunaan harian mereka.Sis bukan jenis yang selalu bagi bonus dengan makbapak .Tapi bila ada hasil bonus kita,kita kongsi dengan mereka dan jangan sombong tau bila dapat Bonus Raya 😂 rezeki tu harus dikongsi bah.



Hasil bonus yang kita dapat ikut usaha yang kita buat ,lebih kita usaha ,lebih juga hasilnya.Sis pun sampai sekarang masih terus berusaha belajar mengenali produk.Ada tak siapa nak join sis untuk dapat Bonus Raya bulan depan.😊Kalau ada yang mau ,cepat-cepat pm sis ya .Ada belanja untuk sebelum raya lagi best kan.



Bah ,sampai sini dulu lah perkongsian sis untuk entry kali ni .Hanya satu bonus yang kita susah dapat .. iaitu bonus sihat 💪💪semoga kita semua sentiasa sihat dan murah rezekinya.Terima kasih yang sudi baca blog sis .                


#pengedarshaklee#shakleemirilawas

Watsap :0165891149

#fbjaniemutang#igJaniemutang 

#blogmegashaklee2023#shakleethrive2023#shakleetriump2023

     

Comments

Popular posts from this blog

Apa Anda Perlu Tahu ? - Maksud Intermittent Fasting

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI

SET KURUS SHAKLEE