Posts

Showing posts from September, 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

 Hi semua ..hari ni nak kongsikan tentang keperluan wanita mengandung apa yang perlu kita bawa ke hospital semasa bersalin. Macam sis mula-mula bersalin anak pertama dulu,sis bawa lampin baby sama tuala dia saja.🤭Sudah ada pengalaman jadi ibu ,baru kita tahu apa yang perlu kena bawa semasa nak bersalin tu. Jom sis kongsikan keperluan wanita mengandung apabila mereka memasuki hospital untuk bersalin. Keperluan yang mereka syorkan adalah seperti berikut . 1.DOKUMEN DAN INDENTITI -Buku kesihatan mengandung atau kad pengenalan rasmi lain  -Kad rekod perubatan atau buku ANC (Penjagaan  Antenatal )jika diminta oleh hospital 2.PAKAIAN  -Pakaian yang selesai untuk bersalin , seperti baju tidur atau baju tidur. -Seluar dalam tambahan (lampin dewasa jika perlu ) -Seluar dalam khas untuk bersalin (jika diperlukan oleh hospital) -Pakaian menyusu Dan coli (jika merancang menyusu) 3.PERALATAN MANDIAN -Berus Gigi,ubat Gigi dan berus rambut  -Sabun atau gel mandian -Tuala dan Kain lap  4.PERKARA PEN

SET MENGANDUNG SHAKLEE

 Hi semua..hari ni nak share tentang makanan tambahan untuk bakal jadi ibu iaitu Set Mengandung Shaklee.Perkara yang perlu ditekankan semasa mengandung adalah kesihatan diri kita dan juga bayi yang di kandung. Dan ada masanya juga sewaktu mengandung kita susah nak telan makanan berkhasiat sebab pembawakan bayi yang menganggu selera makan kita. Adalah amat penting untuk mengambil nutrisi tambahan yang berkualiti dan paling penting selamat untuk kita dan anak dalam kandungan. Kalau dulu sis anak pertama tiada makan makanan tambahan ni, hanya makan ubat yang doktor sarankan sahaja.Pernah sis tiada selera makan sewaktu hamil dan doktor akan bagi makan vitamin supaya selera makan tu ada. Setelah itu masuk anak kedua ,baru sis faham.Makanan tambahan ni kita boleh ambil dalam bentuk tablet ,memandangkan dalam pasa ibu hamil ni tak semua yang kita perlu makan tu akan dapat kita makan disebabkan selera makan tu semakin kurang.Ini boleh menggurangkan nutrisi dan zat besi bagi ibu hamil dan juga